Pages

Thursday, May 17, 2012

KEMBARA DI BUMI JORDAN 28 APRIL 2012

(TERMINAL 1 JORDAN)

 Alhamdulilah akhirnya selepas 11 jam dalam pesawat Jordan Airlines akhirnya kami selamat sampai di Queen Alia Airport Jordan tepat jam 6.00 pagi . Pemeriksaan kastam & imigrisen terlalu ketat sehinggakan tali pinggang yang dipakai pun terpaksa dikeluarkan bagi tujuan pemeriksaan.  Ini adalah kerana Jordan bersempadanan dengan negara Syria yang sedang bergolak Perang Saudara. Kakitangan Imigrisen yang bertugas juga bersikap dingin dan kasar terhadap semua jemaah, seolah-olah kedatangan kami ke Jordan tidak dialu-alukan dan ianya mencerminkan sifat ego mereka sebagai bangsa Arab.

(SARAPAN PAGI DI GOLDEN TULIP HOTEL JORDAN)

PEPSI & MARINDA JORDAN

Selesai pemeriksaan kastam & imigrisen kami di bawa menaiki  bas ke Golden Tulip Hotel yang terletak hanya bersebelahan dengan Queen Alia Airport untuk sarapan pagi dan mandi.  Di hotel ini juga kami sekali lagi terpaksa melalui pemeriksaan bagasi dan badan bagi menjamin keselamatan di hotel. Menu sarapan pagi yang disediakan adalah menu Arab dan kebanyakan peserta rombongan tidak mampu menjamahnya akibat rindukan nasi lemak kot namun disebabkan tiada pilihan ianya tetap ditelan juga.

(PEMBAHAGIAN BILIK OLEH USTAZ NASIR)
 
(POKOK ZAITUN DITANAM DISEKELILING HOTEL)

 
(SEBAHAGIAN JEMAAH UMRAH WANITA)

Tepat jam 9.00 pagi kami semua menaiki bas untuk membuat lawatan ke Gua Ashabul Khafi, Laut Mati dan Makam Nabi Shuib.  Rombongan kami seramai 26 orang peserta satu jumlah yang kecil dan ianya memudahkan perjalanan kami dengan bas yang boleh memuatkan 40 penumpang serta pihak Ketua rombongan (Ustaz Nasir) untuk menguruskannya. Pembangunan di Jordan adalah bersifat caca marba dan tiada perancangan khusus.  Jalan-jalannya dipenuhi habuk akibat terletak di negara gurun dan masih lagi dalam pembinaan untuk proses pelebaran  dan ianya membuatkan kesesakan sepanjang perjalanan kami.  Kebanyakan bangunan disini tidak dicat dan dibiarkan semula jadi kerana keadaan persekitarannya yang panas dan sering terjadi ribut pasir.

..
 
(BANGUNAN-BANGUNAN DI JORDAN)

(MINERAL WATER JORDAN - SUMBANGAN DRIVER BAS
PELANCONGAN JORDAN)


(VIDEO BANDAR-BANDAR JORDAN)
 
(BUNGA ROS BERKEMBANG DI JORDAN)
(GUA ASHABUL KHAFI)

(MENDENGAR TAKLIMAT & CERITA BERKISARKAN
GUA ASHABUL KHAFI)

Kami sampai di Ashabul Khafi selepas 1 jam perjalanan dimana kebanyakan peserta tidur semasa penerangan tentang negara Jordan diceritakan oleh pemandu pelancongan.  Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian. 

 

(BERGAMBAR BERSAMA ANAK JORDAN)

(BERGAMBAR DI MONEMENT GUA ASHABUL KHAFI)


(
(BERSAMA PEMANDU BAS & PERLANCONGAN JORDAN)

Rombongan kami seterusnya ke Laut Mati untuk melihat salah satu Laut yang termasin di dunia di mana disini juga tempat Kaum Nabi Luth tenggelam akibat kemurkaan Allah s.w.t. Sebelum ke Laut Mati, rombongan kami singgah di sebuah kedai yang menjual pelbagai produk Laut Mati dan cendermata mengenai Jordan. Hajat hati hendak juga membelinya sebagai kenangan tapi melihat harganya, terpaksa berfikir semula kerana kadar pertukaran wangnya adalah amat tinggi iaitu RM5 bersamaan RM 15 Jordan.


(DI KEDAI MENGELUARKAN PRODUK LAUT MATI)

.

(DI PAPAN TANDA MASUK LAUT MATI)

Kami sampai di Laut Mati jam 1.00 petang.  Laut Mati ini terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan dan airnya bersebelahan dengan Negara Palestin yang boleh dilihat disebelahnya. Ianya berada 397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.  Dipersekitaran Laut Mati ini dipenuhi dengan pos tentera bagi memastikan pejuang Palastine tidak menyeludup masuk atau melarikan diri dari tentera Israil.  Lawatan kami ke sini sekadar mengambil gambar serta merasai airnya sahaja dan menginsafi kejadian yang berlaku. Namun terdapat juga pelancong yang mengambil kesempatan untuk mandi-manda walaupun cuaca ketika itu panas terik dan hampir waktu solat Zohor.
(KEMASINAN LAUT MATI ADALAH 7 KALI GANDA
DARI LAUT LAIN)
(GAMBAR PERSEKITARAN LAUT MATI)



(BERGAMBAR DI LUAR MAKAM NABI SHUIB)


Sebelum balik  rombongan kami di bawa melawat Makam Nabi Shuib yang terletak di sebuah lembah  yang subur walaupun disetengah tempatnya adalah gersang.  Rombongan kami bertolak pulang jam 2.00 petang untuk bersarapan tengahari dan perjalanan balik kami melalui Bandar Jordan yang dipenuhi pelbagai gedung beli-belah termasuk TESCO.  Kami sampai dihotel jam 3.00 petang dan berehat untuk menyiapkan diri untuk berangkat ke Madinah jam 12.00 malam nanti.  Sementara menunggu bas untuk membawa kami ke airport sempat juga kami melawat persekitaran hotel manakala yang tidak larat dan letih akan berbaring di lobi hotel.





No comments: