Pages

Wednesday, November 21, 2012

BERCUTI DI A'FAMOSA WATER WORLD

17 Nov 2012 - Bercuti ke A'Famosa Resort Melaka.   Percutian
ini telah lama dirancangkan semenjak tahun lepas lagi dan final
keputusannya hanya diperolehi selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Rasanya sudah agak lama kami sekeluarga (Keluarga Pn Satariah)
untuk bercuti bersama-sama dan kali terakhir tidak silap pada tahun
2009 yang lalu di Port Dickson dan akhirnya tertunai juga.
Tetapi kita yang merancang, hanya Allah s.w.t yang menentukannya,
di saat akhirnya, Pak Ngah Helmi sekeluarga tidak dapat menyertainya
kerana secara kebetulan isterinya bersalin awal dari tarikh yang
dijangkakan.

A'Famosa Water World ini tidaklah sehebat Sunway Lagoon
tapi bagi kami yang selalu sangat ke Sunway Lagoon
merasakan satu keseronokan bila berada di sini, kerana
ianya penuh ketenangan di kelilingi kawasan hutan dan terasa
kelapangan tidak seperti berada di Sunway Lagoon yang
terlalu sesak dan ramai dan mencetus rasa tidak keselesaaan

Biarpun ketika mandi, hujan turun dengan agak lebatnya dari
pagi hingga ke tengahari, namun ianya tidak mematahkan
semangat kami untuk terus mandi walaupun dalam hujan.

Sewaktu keluar dari A'Famosa Water World ini sempat jugalah
kami beramah mesra serta memberi makanan kepada gajah yang
kebetulan waktu time makannya di hadapan pintu A'Famosa.

No comments: