Salam semua kepada mereka yang rajin menjengah Blog saya ini.
Dimaklumkan blog ini telah bertukar adress kepada http//:www.zuraidiali@blogpot.com
untuk capaian yang lebih cepat saya telah link disebelah kiri bog ini
Terima kasih kepada semua
FAIZMIN BLOG (2008-2012)
MUHAMMAD SHAZMER (ALONG), NURFAIZ (ANGAH) , NURAIMAN (ALANG) & ZUHAIRI (ADIK).
Tuesday, January 1, 2013
Wednesday, November 21, 2012
BERCUTI DI A'FAMOSA WATER WORLD
17 Nov 2012 - Bercuti ke A'Famosa Resort Melaka. Percutian
ini telah lama dirancangkan semenjak tahun lepas lagi dan final
keputusannya hanya diperolehi selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Rasanya sudah agak lama kami sekeluarga (Keluarga Pn Satariah)
untuk bercuti bersama-sama dan kali terakhir tidak silap pada tahun
2009 yang lalu di Port Dickson dan akhirnya tertunai juga.
Tetapi kita yang merancang, hanya Allah s.w.t yang menentukannya,
di saat akhirnya, Pak Ngah Helmi sekeluarga tidak dapat menyertainya
kerana secara kebetulan isterinya bersalin awal dari tarikh yang
dijangkakan.
A'Famosa Water World ini tidaklah sehebat Sunway Lagoon
tapi bagi kami yang selalu sangat ke Sunway Lagoon
merasakan satu keseronokan bila berada di sini, kerana
ianya penuh ketenangan di kelilingi kawasan hutan dan terasa
kelapangan tidak seperti berada di Sunway Lagoon yang
terlalu sesak dan ramai dan mencetus rasa tidak keselesaaan
Biarpun ketika mandi, hujan turun dengan agak lebatnya dari
pagi hingga ke tengahari, namun ianya tidak mematahkan
semangat kami untuk terus mandi walaupun dalam hujan.
Sewaktu keluar dari A'Famosa Water World ini sempat jugalah
kami beramah mesra serta memberi makanan kepada gajah yang
kebetulan waktu time makannya di hadapan pintu A'Famosa.
Friday, November 9, 2012
Tuesday, November 6, 2012
TG PIAI - SELATAN BENUA ASIA
Kembali semula kami ke tempat ini setelah 7 tahun berlalu Namun terdapat
banyak pembaharuan dan juga kerosakan pada tempat ini akibat dari alam
dan kerakusan manusia namun ianya telah diperbaiki dengan lebih indah lagi..
Seperti biasa trademark di pintu masuk yg menjadi port utama untuk
mengambil gambar
Laluan pelantar diperbaharui dan semakin ke tengah laut .
Kami bernasib baik ketika datang banyak kapal berlabuh
sebelum dibenarkan masuk ke Pelabuhan Singapura
Wakaf untuk menjadi hentian rehat dalam trek hutan bakau ini
dan jauh keseluruhan trak ini hampir 2 km merangkumi
jalan dalam hutan bakau dan air laut
Pencemaran dari hakisan alam serta aktiviti manusia
Ke tempat lokasi baru trademark Tg Piai. Laluannya
seakan adventure sedikit kerana perlu menempuh arus laut
yang kadang-kadang terlalu kuat sehingga membasahkan
pakaian kita jika tidak berhati-hati.
Akhirnya semua sampai di Tanah Benua Asia Yang Paling Selatan.
Walaupun agak panas, namun angin dari Selat Melaka mampu
mendinginkan kita sebentar.
Aksi anak-anak bujang ku
Thursday, November 1, 2012
PONTIAN JOHOR
27 Okt 2012 - Akhirnya sampai kembali kita orang ke Pontian
Johor, setelah kali terakhir menjegah ke sini pada 7 tahun yang lalu
(2005)
Dan di Hotel Pontian inilah kami menginapnya kembali yang sewaktu
mula-mula kami datang pada 2005 ianya baru sebulan beropersi
Bandar Baru Pontian kini semakin pesat membangun di mana
ianya dibina dari penambakan laut di Selat Melaka
Bilik yang kami duduki merupakan bilik yang paling terbesar
di hotel ini memandangkan semua anak-anak telah dewasa, maka
bilik sebeginilah yang sesuai bagi kami sekeluarga
Bergambar di tebing laut pantai Pontian
Wednesday, October 31, 2012
HARI RAYA AIDILADHA 1433 HIJRAH
Solat Aidiladha di Masjid Puchong Perdana, saja nak merasa
kemeriahan Hari Raya Aidiladha dengan suasana yang berlainan,
maka bawalah anak dan anak saudara ke sini.
Jam 7.45 pagi kita orang telah berada di sana, bagi mendapat
tempat untuk bersolat Hari Raya Aidiladha di sana
Kebetulan pihak TV3 sedang mengadakan siaran secara langsung
Ceramah Hari Raya Aidiladha di sini, sempat gak lah menjenguk skejap
Mula-mula dia org ni berat gak nak pakai jubah raya, tetapi terangkan
kepada mereka sunah-sunah nabi dan bagi mencipta kelainan di
Hari Raya Aidiladha ini lebih-lebih lagi jubah yang dibeli di Mekah
maka redahlah mereka semua memakainya.
Wednesday, October 24, 2012
Majlis Gradusi Along pada 23 Oktober 2012 di MRSM Serting
Dirasmikan oleh Dato' Idris Jusoh yg waktu kedatangannya sama
dengan kita orang jam 10.30 pagi walaupun majlis sepatutnya bermula jam 9.15 pagi
3 tahun bersama mereka-mereka
Dapat gak kita orang merasa nasi asrama
Antara barangan yg perlu dibawa balik
Subscribe to:
Posts (Atom)