Pages

Thursday, May 24, 2012

ZIARAH TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI KOTA MEKAH


                                     Disamping mengerjakan umrah dan beribadat di Masjid Haram, kami juga dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah iaitu, Gua Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah,Masjid Udaibiyah, Muzium Mekah,Ladang Unta dan sebagainya.

                            Pada 04 Mei 2012 Jumaat selepas bersarapan pagi, rombongan kami di bawa melawat ke tempat bersejarah di luar Kota Mekah.  Perjalanan pertama kami menuju Gua Thur, di mana tempat Nabi Muhammad s.a.w menyembunyikan diri dari kaum kafir untuk berhjirah ke Madinah. Di bawah kaki gua dipenuhi dengan gerai dan penjaja pelbagai barangan termasuk hati unta dan kayu koka. 

                            Terdapat juga penyewaan unta untuk dibawa bersiar-siar dan fotografi.   Apa yang menjadi melucukan ialah sewaktu pihak berkuasa datang untuk menghalau penjaja-penjaja ini, maka si pengembala unta akan melarikan diri di celah-celah jemaah  dengan membiarkan  unta-unta tersebut pulang ke kandang unta bersendirian yang terletak di bawah kaki Gua Thur.


                          Rombongan kami seterusnya di bawa ke Bukit Jabal Rahmah, dimana tempat Nabi Adam di ketemukan dengan isterinya Hawa.  Bukit ini bersebelahan dengan Padang Arafah yang digunakan oleh jemaah haji bila musim haji nanti. Bukit Jabal Rahmah tidak berapa tinggi, cuma track pendakiannya agak merbahaya sedikit.  Bagi yang tidak larat naik cuma boleh berniat dan berdoa sahajalah dibawah. Kami cuma berdoa diseparuh bukit sahaja, akibat keadaan ini.

                             Oleh kerana kawasan Bukit Jabal Rahmah ini terlalu luas maka banyak para jemaah sesat untuk kembali ke bas termasuklah isteri saya dan mak mertua kerana tidak dapat membezakan mana satu basnya. Maka terpaksalah mengenlilingi bukit ini untuk mencari mereka dan ternampaklah saya laluan yang sebenar dan lebih mudah untuk naik ke bukit tersebut, tapi kerana kesuntukan masa maka tidaklah jadi saya untuk mendaki semula bukit tersebut.


Pada  09 Mei 2012 Rabu kami semua di bawa ke Ladang Unta yang terletak di  padang pasir diluar Kota Mekah.  Rombongan ini bertolak dengan menggunakan 2 buah bas di mana kumpulan kami di satukan dengan kumpulan jemaah yang baru sampai di Mekah. 
 Maka penuh sesaklah bas. 

Sepanjang gurun ini dipenuhi dengan ladang unta dan kambing biri-biri yang dikhususkan oleh pihak Kerjaan Arab Saudi untuk mereka menternak disini.  Terdapat wadi dimana airnya mengalir seperti sungai berada disini bagi memudahkan penternak ladang-ladang ini.  Kami sempat membeli susu unta yang segar berharga SR 3.00 dan rasanya lebih kurang macam susu lembu juga



Seterusnya rombongan kami menuju ke Masjid Udaibiyah.  Masjid yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu dimeterai Perjanjian Udaibiyah dengan orang-orang kafir quraisy.  Masjid baru Udaibiyah didirikan bersebelahan tapak masjid asal.  Melihat struktur binaan masjid lama tersebut terfikir bertapa hebatnya teknologi zaman dahulu yang telah mendahului masa, dengan batu di campur pasir bagi menghasilkan bangunan. Kami bersolat asar disini manakala jemaah yang hendak mengerjakan umrah boleh bermiqat disini.







Sebelum bertolak balik rombongan kami singgah di Muzium Masjidil Haram.  Terdapat pelbagai barang lama Masjidil Haram dipamirkan disini termasuk pintu kabah, bekas tapak kaki makam Nabi Ibrahim, repelika Masjid Haram dan Nabawi dan sebagainya. Bas rombongan kami tersekat di pintu masuk hampir 1/2 jam sebelum dibenarkan masuk akibat ruang muzium yang sempit dan cuma memuatkan lebih kurang 100 pelawat setiap kali lawatan dan kami terpaksa menunggu rombongan sebelumnya keluar sebelum dibenarkan masuk ke muzium.




 

2 comments:

syg nanie said...

insyaallah, next year akan jejakkan kaki ke sini gak

FAIZMIN said...

insyaallah, niat yg baik pasti akan dimakbulkan