Tepat jam 10.30 malam pesawat Royal Jordan Airlines
membawa kami untuk menuju ke Amman Jordan.
Pesawat yang boleh memuatkan 150 penumpang ini
akan singgah di Bangkok bagi tujuan pengisian minyak
dan juga pertukaran krew penerbangan.
Alhamdulilah kami mendapat tempat di tepi tingkap pesawat
, manakala mak mertua di tengah, tetapi ditengah perjalanan
kami menukarnya bagi memberi peluang kepada semua
merasanya walaupun tingkapnya berhampiran kepak pesawat.
(TELAGA MINYAK DI PADANG PASIR)
Syukur Alhamdulilah, pesawat ini dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti screen LCD yang mengandungi pelbagai
filem, lagu, GPRS penerbangan pesawat dan juga bacaan Al-Quran
bagi mengelakkan penumpang bosan sepanjang 11 jam penerbangan ini.
Dan satu yang menginsafkan saya, doa menaiki perjalanan
di pasang sewaktu pesawat hendak berlepas.
Sepanjang penerbangan ini kami dihidangkan dengan
2 kali menu makanan, tapi akibat letih dan mengantuk
makanan tidak dapat dihabiskan.
Setelah 8 jam perjalanan tibalah masanya untuk bersolat
subuh di dalam pesawat, maka bilik air menjadi rebutan,
untuk mengambil wuduk,tetapi nasib pesawat ini mempunyai
6 tandas dan jadual menunggunya pun tidaklah terlalu lama.
No comments:
Post a Comment