Pages

Wednesday, May 23, 2012

LAWATAN KE LUAR KOTA MADINAH (01 MEI 2012)

 Pada hari ke 3 (01 Mei) kami peserta rombongan di bawah membuat lawatan ke luar kota Madinah. Tempat pertama yang dituju ialah Masjid Qiblatain ( Masjid 2 Kiblat). Kami diberikan kesempatan untuk bersolat sunat di sana.  Rombongan seterusnya di bawa ke Bukit Uhud bagi melihat sejarah peninggalan kesan-kesan dari Perang Uhud.  Di kawasan ini terdapat perkuburan bagi tentera-tentera Islam yang gugur syahid dalam peperangan ini.  Kami juga sempat mendaki Bukit Pemanah di mana tempat tentera pemanah Islam meninggalkan posisi mereka sewaktu Perang Uhud tersebut.  Sebelum berangkat meningalkan Bukit Uhud, kami semua menyedekahkan surat Al-Fatihah kepada semua pejuang-pejuang Islam yang terkorban di sini.










Rombongan seterusnya di bawa ke  Ladang Kurma untuk tujuan membelinya. Difahamkan harga kurma di Madinah lebih murah dari di Mekah terutamanya Kurma Ajwa (Kurma Nabi).  Di kedai tersebut juga terdapat coklat yang dijual secara timbangan dan kami mengambil kesempatan untuk membelinya untuk dihadiahkan kepada saudara mara bila pulang nanti.







 Sebelum pulang kami sempat singgah di Kilang Mencetak Al-Quran yang terdapat di Madinah.  Untuk memasukinya kami perlu beratur dan menunggu hampir 15 minit kerana bagi menjamin keselesaannya.  Terdapat pelbagai jenis Al-Quran dari pelbagai  bangsa di pamerkan di ruang pamiran.  Bagi tujuan keselamatan, pelawat tidak dibenarkan turun ke bawah untuk melihat proses pencetakannya.  Sebelum pulang semua pelawat diberikan sebuah naskah Al-Quran secara percuma.






Disamping mengerjakan amal ibadat dan menziarahi tempat-tempat di Kota Madinah kami sempat juga membeli belah di kedai-kedai di persekitaran Masjid Nabawi terutama selepas solat dan dalam perjalanan pulang ke hotel.  Pelbagai barangan dijual di pintu keluar masjid dan ianya seolah-olah menjadi satu pesta di mana para penjaja menyanyikan lagu-lagu arab  bagi menarik perhatian para jemaah yang lalu untuk membelinya dan adakalanya mereka melarikan diri  bak lipas kudung dengan meninggalkan barangan perniagaan apabila melihat kelibat pihak penguatkuasaan datang membuat operasi.











No comments: