Pages

Thursday, May 24, 2012

ZIARAH TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI KOTA MEKAH


                                     Disamping mengerjakan umrah dan beribadat di Masjid Haram, kami juga dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah iaitu, Gua Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah,Masjid Udaibiyah, Muzium Mekah,Ladang Unta dan sebagainya.

                            Pada 04 Mei 2012 Jumaat selepas bersarapan pagi, rombongan kami di bawa melawat ke tempat bersejarah di luar Kota Mekah.  Perjalanan pertama kami menuju Gua Thur, di mana tempat Nabi Muhammad s.a.w menyembunyikan diri dari kaum kafir untuk berhjirah ke Madinah. Di bawah kaki gua dipenuhi dengan gerai dan penjaja pelbagai barangan termasuk hati unta dan kayu koka. 

                            Terdapat juga penyewaan unta untuk dibawa bersiar-siar dan fotografi.   Apa yang menjadi melucukan ialah sewaktu pihak berkuasa datang untuk menghalau penjaja-penjaja ini, maka si pengembala unta akan melarikan diri di celah-celah jemaah  dengan membiarkan  unta-unta tersebut pulang ke kandang unta bersendirian yang terletak di bawah kaki Gua Thur.


                          Rombongan kami seterusnya di bawa ke Bukit Jabal Rahmah, dimana tempat Nabi Adam di ketemukan dengan isterinya Hawa.  Bukit ini bersebelahan dengan Padang Arafah yang digunakan oleh jemaah haji bila musim haji nanti. Bukit Jabal Rahmah tidak berapa tinggi, cuma track pendakiannya agak merbahaya sedikit.  Bagi yang tidak larat naik cuma boleh berniat dan berdoa sahajalah dibawah. Kami cuma berdoa diseparuh bukit sahaja, akibat keadaan ini.

                             Oleh kerana kawasan Bukit Jabal Rahmah ini terlalu luas maka banyak para jemaah sesat untuk kembali ke bas termasuklah isteri saya dan mak mertua kerana tidak dapat membezakan mana satu basnya. Maka terpaksalah mengenlilingi bukit ini untuk mencari mereka dan ternampaklah saya laluan yang sebenar dan lebih mudah untuk naik ke bukit tersebut, tapi kerana kesuntukan masa maka tidaklah jadi saya untuk mendaki semula bukit tersebut.


Pada  09 Mei 2012 Rabu kami semua di bawa ke Ladang Unta yang terletak di  padang pasir diluar Kota Mekah.  Rombongan ini bertolak dengan menggunakan 2 buah bas di mana kumpulan kami di satukan dengan kumpulan jemaah yang baru sampai di Mekah. 
 Maka penuh sesaklah bas. 

Sepanjang gurun ini dipenuhi dengan ladang unta dan kambing biri-biri yang dikhususkan oleh pihak Kerjaan Arab Saudi untuk mereka menternak disini.  Terdapat wadi dimana airnya mengalir seperti sungai berada disini bagi memudahkan penternak ladang-ladang ini.  Kami sempat membeli susu unta yang segar berharga SR 3.00 dan rasanya lebih kurang macam susu lembu juga



Seterusnya rombongan kami menuju ke Masjid Udaibiyah.  Masjid yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu dimeterai Perjanjian Udaibiyah dengan orang-orang kafir quraisy.  Masjid baru Udaibiyah didirikan bersebelahan tapak masjid asal.  Melihat struktur binaan masjid lama tersebut terfikir bertapa hebatnya teknologi zaman dahulu yang telah mendahului masa, dengan batu di campur pasir bagi menghasilkan bangunan. Kami bersolat asar disini manakala jemaah yang hendak mengerjakan umrah boleh bermiqat disini.







Sebelum bertolak balik rombongan kami singgah di Muzium Masjidil Haram.  Terdapat pelbagai barang lama Masjidil Haram dipamirkan disini termasuk pintu kabah, bekas tapak kaki makam Nabi Ibrahim, repelika Masjid Haram dan Nabawi dan sebagainya. Bas rombongan kami tersekat di pintu masuk hampir 1/2 jam sebelum dibenarkan masuk akibat ruang muzium yang sempit dan cuma memuatkan lebih kurang 100 pelawat setiap kali lawatan dan kami terpaksa menunggu rombongan sebelumnya keluar sebelum dibenarkan masuk ke muzium.




 

Wednesday, May 23, 2012

CORAT-CORET PERJALANAN UMRAH

Dihadapan Hotel di Mekah -
 Makanan dari chef-chef berbangsa Indonesia
 Majlis Tazkirah & Bacaan Yasin 
 Diperkarangan kaki lima masjid
 Hotel Hilton Mekah
 Air Zam-zam turut menjadi rebutan
 Laluan utama ke Masjid bersebelahan dgn
Hotel Hilton Mekah dan Hotel Safa
Di Pintu 1 (Utama) Masjid Haram
Menara Jam
Teksi Jordan
Pelbagai pas, ticket, kad
Jenazah Di Masjidil Haram
Selipar Hilang
Shahruk Khan Arab







PERJALANAN DARI MADINAH KE MEKAH 02 MEI 2012



 02 Mei 2012 Rabu adalah hari terakhir kami di Kota Madinah setelah 04 hari mengerjakan amal ibadat serta meziarahi pelbagai tempat peninggalan sejarah Islam ini.  Terasa kesayuan di hati, apakah dapat mengunjungi lagi tempat suci ini.  Seperti biasa sebelum meninggalkan Madinah, kita diwajibkan sekali lagi untuk menziarahi Makam Nabi Muhammad s.a.w untuk menggucapkan selamat tinggal (ziarah wida'). 

Selepas ziarah wida' saya berkesempatan mengunjungi Makam Balgi' yang terdapat di sebelah Masjid Nabawi.  Oleh kerana berseorangan saya mengikuti satu rombongan jemaah dari Indonesia bersama menziarahi, berdoa serta menyedekahkan Al-Fatihah kepada para syuhadah.





 Dalam perjalanan balik sempat melihat kerja-kerja pembersihan masjid
dilakukan oleh para petugasnya




 Tepat jam 3.00 petang, rombongan kami bertolak dari Madinah menuju ke Mekah menggunakan pengangkutan bas dan difahamkan perjalanan ini mengambil masa 6 jam.  Rombongan kami singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat mengerjakan umrah).  Sekitar jam 6.00 petang rombongan kami berhenti makan malam disebuah perhentian yang terletak dipertengahan jalan antara Madainah dan Mekah di tengah padang pasir(lebih kurang hentian rehat di lebuhraya).