Pages

Thursday, August 2, 2012

PROGRAM CETUSAN IDEA

                                      Inilah projek Cetusan Idea yang memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Cetusan Idea MPSJ 2011 sempena Hari Qualiti MPSJ.   Projek bermotokan KEBERSIHAN setelah timbul kesedaran melihat setiap pagi kontraktor pembersihan melakukan kerja rutin menjaga dan memastikan keadaan persekitaran MPSJ bersih sedangkan kakitangan hanya berpeluk tubuh dan memberikan arahan tanpa ada sifat tanggungjawab bersama, bagi memastikan keadaan tempat kita mencari rezeki bersih dan kemas.




                             Sewaktu majlis pengumuman pemenang pertandingan ini di adakan, tidak dapat menghadirkan diri kerana menguruskan persekolahan anak dan hanya diketahui bila sijil dan hadiah kemenangan di bawa ke pejabat oleh kakitangan lain.



                                              Apa yang lebih manis ialah, projek cetusan idea ini akhirnya direalisasikan oleh pihak MPSJ seperti apa yang tertera di atas.  Penat lelah mengerah idea ini akhirnya berbaloi juga dan sekurang-kurangnya apa yang kita di hargai oleh mereka dan bukan hanya sekadar pertandingan.

Inilah cetusan idea yang mendapat hadiah saguhati pada pertandingan Cetusan Idea tahun 2010

Dan ini adalah cetusan idea bagi tahun 2012, yang telah layak memasuki ke peringkat akhir pertandingan tersebut dan sama-samalah kita doakan kejayaannya bagi kecemerlangan MPSJ itu sendiri

No comments: