Pages

Friday, July 27, 2012

SOLAT TARAWIH & WITIR DI SURAU SEMENTARA PU 5


                              Salam Ya Ramadhan Al-Mubarak, ia datang lagi, maka menjadi kewajipan kita seorang Muslimin untuk melaksanakan ibadat sepanjang bulan ini dengan mengerjakan solat tarawih dan witir secara berjemaah.    Seharusnya kita merebut peluang yang datang hanya setahun sekali ini dan tidak boleh diganti pada bulan lain untuk melakukannya.




 Daripada Salman r.a. ia berkata: ”Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- “Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.” [Riwayat Imam Baihaqi]




                                            Alhamdulilah walaupun Surau Pu 5 ini sementara sahaja iaitu digunakan hanya pada bulan Ramadhan, namun kemudahan yg disediakan tidak mengecewakan juga dengan boleh memuatkan 50 orang jemaah lelaki dan 20 orang jemaah wanita.  Kipas dan aircond juga turut disediakan bagi keselesaan para jemaah.



                               Seperti biasa kanak-kanaklah yang menjadi tumpuan dan menambah keriuhan dalam surau ini dengan telatah mereka dan apabila tiba menjamu selera selepas solat tersebut dengan juadah moreh dari penduduk yang menghantar mengikut lorong.


                               Terima kasih kepada semua terutama kepada penduduk yang bermurah hati mewakafkan ruang tepi rumahnya menjadi surau, semua muslimin & muslimat di PU 5 ini yang mengorbankan masa, tenaga  dan wang ringgit dalam menjayakan Surau ini dan tidak lupa juga kepada Pejabat Ahli Parlimen Puchong dan Syarikat Master Defence yg setiap tahun menghulurkan sumbangkan bagi menjalankan pelbagai program Ramadhan di surau ini

(Bergambar bersama Pengurus Syarikat Master Defence)

Wednesday, July 25, 2012

HARIMAU MALAYA VS ARSENAL

                              
                               24 Jul 2012 - Aiman dapat 2 ticket perlawanan antara Malaysia VS Arsenal dari sekolahnya, habis dipujuknya dan dirayunya agar dapat dibenarkan melihat perlawanan tersebut bersama rakan-rakan sekolanya .   Kebetulan minggu ini Ujian Percubaan UPSR telah bermula dan lebih-lebih lagi mengenangkan bulan Ramadhan maka sepatutnya waktu tersebut kita berada di surau melakukan ibadat solat tarawih.


                              Akhirnya keputusan dibuat oleh ibunya, dia boleh pergi tapi dengan syarat di bawa oleh bapanya  dan pastikan semua homework sekolah serta preperation untuk examnya siap.   Maka bersorak sakanlah dia.


                                Perjalanan ke sana menggunakan motorbike tepat jam 8.30 malam,  cadangnya ingin menggunakan Jalan Kinrara - Bukit Jalil, tapi melihat masih banyak lagi kenderaan menggunakan laluan tersebut terus melencong motorsikal menuju ke Lebuhraya KESAS yang dirasakan lebih selamat kerana ada laluan motorsikal.


                               Sampai di stadium, terus meletakkan motorsikal dipinggir jalan agar memudahkan untuk terus keluar setelah selesai perlawanan nanti.  Terus menuju ke pintu masuk stadium tanpa melihat warna ticket dan akhirnya terpaksa tawaf  stadium untuk masuk ke arah pintu yang sebenar berdasarkan apa yang tertera di ticket.



                               Bila berada di dalam stadium terasa bahang kehangatan pertandingan tersebut dan seakan-akan terbangkit nastolgia satu ketika dahulu yang pernah menjadi penyokong tegar pasukan Selangor pada semenjak tahun 1994 lagi.



Thursday, July 19, 2012

KREPEK RAYA DATANG LAGI







Harga untuk 1/2 kg kecuali bertanda *
Stock sentiasa ada (sebelum & selepas raya)
Termurah di pasaran

Hubungi 019 682 2989

 (JUGA DI IKLAN DI MUDAH.COM.MY)

SELAMAT BERPUASA

(Makanan Di Hotel Queen Alia Jordan)

                                         19 Jul 2012 - Syukur Alhamdulilah, esok atau pun lusa, kita semua umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa.   Moga ibadah puasa kita ini diterima oleh Allah s.w.t hendaknya.  Puasa bukan hanya sekadar menahan rasa lapar sahaja, malahan semua anggota tubuh kita hendaklah turut berpuasa, seperti mata berpuasa untuk tidak melihat benda yang tidak sepatutnya.   Telinga berpuasa untuk tidak mendengar perkara yang tidak baik.  Hati dan  perasaan berpuasa dengan berzikir dan mengingati Allah s.w.t sepanjang berpuasa. Mulut berpuasa tidak melafazkan perkataan yang boleh menyinggung orang lain.

(Nasi Mandy Arab di tengah perjalanan Madinah - Mekah)

(Kurma di Bukit  Uhud Madinah)

                                         Setelah seharian berpuasa, maka tibalah masa untuk berbuka puasa.   Ingat janglah membazir dan terlalu mengikut nafsu.   Berbuka puasalah dengan tertib dengan mendahulukan buah tamar sebagai pembuka puasa.

(Menu makanan di Hotel Taurat Monsia Mekah)

                                         Seharusnya kita patut rasa bersyukur berada di Malaysia ini dengan makanan yang penuh melimpah ruah  dari pelbagai jenis dan citarasa.   Sedangkan di sesetengah negara cuma berbuka puasa dengan tamar dan air sejuk sahaja seperti pengalaman ketika berada di negara satu ketika dahulu.  Bertapa sukarnya untuk mencari makanan menepati citarasa Melayu dan lauk dihidangkan semuanya bercorak kering dan menu makanannya terhad kepada sumber asli di negara tanah gurun.


Nasi Arab di Airport Jeddah


Menu makanan dalam pesawat Royal Jordan Air

Wednesday, July 18, 2012

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

DURIAN OH DURIAN


Teringin sangat si Hairi tu, nak makan durian, udah dekat 2-3 minggu dia minta, akhirnya tertunai jugalah hajatnya kebetulan semua dah balik dari asrama maka dapatlah makan bersama.


GTG RYG SURAU SEMENTARA PU 5


                               15 Jul 9.00 pagi, Gotong royong menyiapkan Surau Sementara, Surau Al-Mawaddah PU 5 telah diadakan.   Syukur masih ada lagi berbuat amal ibadah dengan menwakafkan rumahnya untuk dijadikan surau sementara lagi pada tahun ini sementara menunggu surau sebenar yang akan siap.


                              Surau yang terletak di No. 1 Jalan PU 5/2 ini  merupakan pada asalnya adalah sebuah setor bagi penyimpanan barangan keperluan perniagaan tuan rumah.  Penduduk bergotong royong mengemaskininya bagi dijadikan surau.




                              Majlis gotong royong dikejutkan dengan kedatangan Ahli Majlis, En. Micheal yang menyerahkan sumbangan dari Ahli Parlimen Puchong . kepada Surau Al-Mawaddah sebanyak RM 500.00 bagi keperluan surau dalam menjayakan aktiviti dalam bulan Ramadhan ini.

                              
                               Moga-moga kita doakan surau ini berjaya menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini.

SAMBUT HARI LAHIR DI SATAY KAJANG


                               14 Jul 9.00 malam .  Sambutan Hari Lahir bagi Along, Aiman, Hairi, Mama dan Mak Lang Zuraini telah diadakan di Satay Hj Samuri di pekan Kajang. 



                               Habis licin semua makanan, makan betul dia orang ni


Kek Sumbangan Mak Lang

LAWATAN KE RUMAH ORG TUA SEMPENA RAMADHAN


                               14 Jul 3.00 petang, Lawatan ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong sempena menyambut bulan Ramadhan anjuran bersama Biro Wanita, Persatuan Penduduk PU 5.


                              Lawatan turut disertai dengan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang ringgit bagi menampung perbelanjaan rumah ini sepanjang bulan Ramadhan.


                                        Majlis beramah mesra dengan pesakit juga diadakan bagi memeriahkan hati mereka yang tinggal ditepi sebegini.


                                         Semuga lawatan ini menjadi ikthibar kepada semua yang menyertainya di saat kita hidup dengan kemewahan masih ada golongan yang kurang bernasib baik yang dipinggirkan.

PENGAMBILAN KAD LAPORAN PELAJAR & TAKLIMAT SISTEM PBS

                               07 Jul 2012 -  Ke sekolah anak di Kajang untuk pengambilan kad laporan pelajar dan seterusnya perjumpaan dengan guru bagi mengetahui perkembangan dan permasalahan anak di sekolah.   Sebelum berjumpa guru semua ibu bapa diberi penerangan dan taklimat Sistem PBS (Pentaksiran Berteraskan Sekolah)  di dewan sekolah.  Hampir 2 jam taklimat tersebut.

                              Sistem PBS di mana para pelajar tidak lagi dinilai dari peperiksaan semata-mata tanpa merangkumi semua dari kedatangan, projek kerja, test ujian selepas setiap subjek pembelajaran sehinggakan penyertaan mereka dalam Kokorikulum dan Pendidikan Jasmani.


                              Taklimat yang boleh dikatakan hangat juga, sebab ada ibu bapa tidak mahu dijadikan ujikaji oleh Kementerian Pelajaran di mana dasar-dasar pendidikan negara sering berubah dan anak-anak kita menjadi mangsa seperti Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris satu ketika dahulu yang telah ditarik oleh kerajaan.


                               Peluang berjumpa guru adalah agenda utama dan yang ditunggu oleh ibu bapa bagi memahami permasalahan anak-anak disekolah serta perbincangan bersama bagi menyelesaikan masalah mereka.

Monday, July 9, 2012

KARNIVAL SUKAN PU5


                               08 Julai Ahad 8.00 pagi, menguruskan Karnival Sukan Persatuan Penduduk PU 5, Puchong Utama.    Penat memang tidak terkata tapi demi semangat kejiranan dan hidup bermasyarakat adalah menjadi keutamaan.

                               Majlis dimulakan dengan senamrobik bagi memanaskan badan para peserta yang terdiri dari pelbagai umur dan bangsa tanda hidup bermasyarakat di kawasan PU 5


                              Pelbagai acara dijalankan dari sukaneka, pertandingan pakaian beragam, melukis sehingga memasak untuk penduduk.


                               Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang di mana hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada Y.B Dato' Dr. Hj. Satim Bin Diman, ADUN Sri Serdang.