24 Jul 2012 - Aiman dapat 2 ticket perlawanan antara Malaysia VS Arsenal dari sekolahnya, habis dipujuknya dan dirayunya agar dapat dibenarkan melihat perlawanan tersebut bersama rakan-rakan sekolanya . Kebetulan minggu ini Ujian Percubaan UPSR telah bermula dan lebih-lebih lagi mengenangkan bulan Ramadhan maka sepatutnya waktu tersebut kita berada di surau melakukan ibadat solat tarawih.
Akhirnya keputusan dibuat oleh ibunya, dia boleh pergi tapi dengan syarat di bawa oleh bapanya dan pastikan semua homework sekolah serta preperation untuk examnya siap. Maka bersorak sakanlah dia.
Perjalanan ke sana menggunakan motorbike tepat jam 8.30 malam, cadangnya ingin menggunakan Jalan Kinrara - Bukit Jalil, tapi melihat masih banyak lagi kenderaan menggunakan laluan tersebut terus melencong motorsikal menuju ke Lebuhraya KESAS yang dirasakan lebih selamat kerana ada laluan motorsikal.
Sampai di stadium, terus meletakkan motorsikal dipinggir jalan agar memudahkan untuk terus keluar setelah selesai perlawanan nanti. Terus menuju ke pintu masuk stadium tanpa melihat warna ticket dan akhirnya terpaksa tawaf stadium untuk masuk ke arah pintu yang sebenar berdasarkan apa yang tertera di ticket.
Bila berada di dalam stadium terasa bahang kehangatan pertandingan tersebut dan seakan-akan terbangkit nastolgia satu ketika dahulu yang pernah menjadi penyokong tegar pasukan Selangor pada semenjak tahun 1994 lagi.
No comments:
Post a Comment