Salam Ya Ramadhan Al-Mubarak, ia datang lagi, maka menjadi kewajipan kita seorang Muslimin untuk melaksanakan ibadat sepanjang bulan ini dengan mengerjakan solat tarawih dan witir secara berjemaah. Seharusnya kita merebut peluang yang datang hanya setahun sekali ini dan tidak boleh diganti pada bulan lain untuk melakukannya.
Daripada Salman r.a. ia berkata: ”Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- “Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.” [Riwayat Imam Baihaqi]
Alhamdulilah walaupun Surau Pu 5 ini sementara sahaja iaitu digunakan hanya pada bulan Ramadhan, namun kemudahan yg disediakan tidak mengecewakan juga dengan boleh memuatkan 50 orang jemaah lelaki dan 20 orang jemaah wanita. Kipas dan aircond juga turut disediakan bagi keselesaan para jemaah.
Seperti biasa kanak-kanaklah yang menjadi tumpuan dan menambah keriuhan dalam surau ini dengan telatah mereka dan apabila tiba menjamu selera selepas solat tersebut dengan juadah moreh dari penduduk yang menghantar mengikut lorong.
Terima kasih kepada semua terutama kepada penduduk yang bermurah hati mewakafkan ruang tepi rumahnya menjadi surau, semua muslimin & muslimat di PU 5 ini yang mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menjayakan Surau ini dan tidak lupa juga kepada Pejabat Ahli Parlimen Puchong dan Syarikat Master Defence yg setiap tahun menghulurkan sumbangkan bagi menjalankan pelbagai program Ramadhan di surau ini
(Bergambar bersama Pengurus Syarikat Master Defence)
No comments:
Post a Comment