Melibatkan aktiviti amal sebegini menjadi rutin harian setiap kehidupan terutama menjelang Bulan Ramadhan yang hampir tiba. Berbekalkan hanya sepasang tangan kita tetap mampu bersama-sama kita menjayakannya. Lupakanlah nyamuk, semut dan sebagainya demi kewajipan sebagai orang Islam.
Seawal jam 8.00 sampai disana. Terus diberikan taklimat oleh Nazir Masjid , Haji Haridan dan seterusnya menikmati sarapan pagi yang disediakan. Alhamdulilah penyertaan dari golongan muda amatlah menggalakan terutama dari pelajar Kolej yang mendiami berhampiran Masjid. Dikesempatan waktu bersarapan sempat juga menyerahkan surat serta memperkenalkan Jawatankuasa Surau yang baru kepada pihak Masjid. Semuga ikatan dengan pihak Masjid terus berterusan.
No comments:
Post a Comment