Pages

Friday, July 6, 2012

NYOR DAH BERBUNGA - BAGAN DATOH (PART 1)

JETI BAGAN DATOH (motor sapa tu..)

                               Bagan Datoh (BD) sebuah pekan dalam daerah Hilir Perak, terletak dlm 200 km dari Kuala Lumpur dan 45 km dari Teluk Intan. Pertama kali sampai di sini pada tahun 1989, menyertai rombongan abang seorang kawan  berkahwin orang BD.  Jauh tak jauh, teringat masa memula menghantar rombongan meminang permaisuri di hati (siapa tu ye)  pada tahun 1994 ada yang bertanya apasal mencari orang jauh sebegini.

                     PEKAN BAGAN DATOH

                                Kini telah hampir 20 tahun berulang-alik ke sini, dari menjenguk anak yang dijaga ibu mertua sewaktu mula berkahwin setiap minggu mahupun jika ada cuti terluang namun pekan ini tetap tidak berubah dan penuh nastolgia serta klasik.   Mungkin yang baru datang ke sini atau yg memang orang sini atau sekali-kali ke sini, merasakan tiada apa yang terlalu isitimewanya  di sini.  Tapi pada hakikat sebenarnya, dapat dirasakan kenikmatan hidup yang sebenar bila berada di sini iaitu jauh dari hiruk pikuk kota, penuh dengan ketenangan, tiada kesesakan jalan (kecuali hari raya), disamping kenikmatan  bila berada di jeti dengan hembusan angin dari Laut Selat Melaka ataupun Sungai Perak dan melihat keasyikan daun-daun kelapa menari-nari bersama tiupan angin tersebut

TEMPAT PEMBUKAAN PERTAMA BGN DATOH

                            Tiada istilah kebosanan di sini, kecuali kita mampu menyerapkan tekanan di sini dengan memenuhi pelbagai aktiviti seperti memancing di pinggir jeti dan kali (parit), masuk ke kebun pisang, koko, kelapa sawit dan sebagainya dan sesekali cubalah meredah Sg Perak ke hilir mencari kepah di Beting Beras Basah. Ini adalah satu pengalaman indah yang hanya dikecapi disini dan bagi mereka yang mahu merasai ketenangan jiwa dan penghidupan di alam tradisi.



PERTANDINGAN MEMANCING JORAN-BERITA HARIAN SATU KETIKA DULU


                              Mungkinkah menghabiskan sisa-sisa hidup ini, bila berpencen nanti di sini, hanya masa yang menentukan segala-galanya. 

                               Wasalam
                                
                             

1 comment:

syg nanie said...

lepas ni jgn lupa btg kali punya citer pulak. rumah nenek tu dh nk runtuh klu x dibaikpulih.